Apa itu Keldai Akaun

akaun keldai

Keldai Akaun

Individu yang menyerahkan kad ATM serta nombor pin kepada individu lain dan akaun bank tersebut digunakan bagi tujuan jenayah.

Bagaimana seseorang itu boleh menjadi keldai akaun?

  1. SERAH / BERI PINJAM
    Pemilik akaun menyerahkan kad ATM dan nombor pin kepada rakan, kenalan dalam talian atau Ahlong untuk digunakan tanpa pemantauan pemilik akaun sendiri.
  1. JUAL / SEWA
    Pemilik akaun menjual atau menyewa kad ATM dan nombor pin kepada pihak lain dan menerima bayaran.
  1. TAWARAN KERJA
    Pemilik akaun ditawarkan pekerjaan untuk membuat transaksi wang dari akaun persendirian ke akaun pihak ketiga dan dibayar komisen.

KELDAI AKAUN BOLEH DITANGKAP DAN DIDAKWA !

Apa itu ‘LAYERING’ AKAUN BANK?

Kaedah pindahan wang secara berperingkat yang digunakan sindiket penipuan bagi melambatkan proses mengesan wang mangsa.

keldai akaun layering
  • Mangsa memindahkan wang ke akaun keldai (layer1) yang diberikan suspek / sindiket.
  • Wang dari akaun keldai layer 1 akan segera dipindahkan ke beberapa layer akaun keldai yang lain oleh sindiket pindahan wang bagi menyukarkan wang tersebut dikesan.
  • Wang hasil penipuan tersebut kemudian akan dikeluarkan oleh sindiket pengeluaran wang bagi menghapuskan jejak wang dari sistem perbankan.

Tahukah anda?

Dalam tempoh kurang dari 5 minit, wang mangsa penipuan boleh dipindahkan ke dua peringkat (layer) akaun keldai dengan menggunakan perkhidmatan perbankan internet

PEMILIK AKAUN KELDAI DI BAWAH UNDANG-UNDANG MALAYSIA BOLEH DIDAKWA

SEKSYEN 109 KANUN KESEKSAAN Menyubahati sesuatu perkara

SEKSYEN 411 KANUN KESEKSAAN Menerima harta dengan curang

SEKSYEN 424 KANUN KESEKSAAN Mengalih atau menyembunyikan harta dengan curangnya dengan tipuan.

SEKSYEN 420 KANUN KESEKSAAN Menipu dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan.

SEKSYEN 120B KANUN KESEKSAAN pakatjahat jenayah.

SEKSYEN 4(1) AMLATFPUAA 2001 Kesalahan penggubahan wang haram.

SEKSYEN 137 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN Larangan menerima deposit.



simbol bagus

unifi



Banner 3



rawatan bekam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *