Apa Itu Macau Scam

macau scam

Penyamaran Tipu Panggilan

~ MODUS OPERANDI ~

Suspek menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai penguatkuasa, institusi kewangan atau syarikat perkhidmatan.

  • Polis
  • LHDN
  • SPRM
  • Bank
  • Syarikat Kurier
  • BigPay
  • TM
  • Kastam
  • Mahkamah

Mangsa dikatakan terlibat dengan kes jenayah atau mempunyai tunggakan bayaran cukai, pinjaman bank dll.

Mangsa diugut akan ditangkap dan didakwa. Mangsa dilarang daripada memberitahu kepada sesiapa.

Suspek akan meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankan atau memindahkan wang ke akaun bank yang tidak dikenali bagi tujuan siasatan.

~ TIP & NASIHAT ~

JANGAN LAYAN panggilan telefon yang tidak dikenali.

SEMAK dengan balai, bank atau agensi berkaitan untuk pengesahan.

BERITAHU pasangan, rakan atau ahli keluarga tentang panggilan yang diterima.

MENYAMAR KENALAN

macau scam menyamar

Suspek menghubungi mangsa melalui telefon atau media sosial , whatsapp atau Telegram.

Suspek menyamar sebagai kenalan (ahli keluarga/rakan lama).

Suspek meminta untuk meminjam duit daripada mangsa dengan pelabagai alasan seperti berikut :-

  • untuk tujuan perniagaan.
  • telah diragut dan memerlukan wang untuk perbelanjaan.
  • membayar bil rawatan atau membeli barang keperluan.

~ TREND SEMASA ~

1.BUKA AKAUN BANK BARU

  • Mangsa diminta membuka akaun bank baru dengan mendaftarkan no. telefon yang diberikan suspek.
  • Mangsa diarahkan menyerahkan maklumat perbankan seperti no. kad ATM dan no. pin.
  • Mangsa diarahkan memindahkan semua wang simpanan dari akaun lain ke akaun yang baru dibuka.

Membolehkan suspek daftar dan akses ke perbankan internet akaun mangsa serta mendapat no. TAC tanpa pengetahuan mangsa.

2.MENYERAHKAN KAD ATM

Mangsa diarahkan meninggalkan kad ATM milik mangsa di lokasi-lokasi tertentu yang tidak mempunyai CCTV.

Akaun bank mangsa juga boleh digunakan sindiket sebagai akaun keldai.

~ TIP & NASIHAT ~

Jangan serah maklumat perbankan anda kepada mana-mana pihak.

BAGAIMANA MANGSA BOLEH TERPEDAYA ?

Suspek akan menakutkan mangsa dengan cara ugutan dan menakut-nakutkan mangsa:

mangsa terpedaya

SIAPA YANG MUDAH MENJADI MANGSA ?

  • Mudah cemas
  • Mudah takut
  • Tidak berkongsi masalah
  • Tidak mengikuti isu jenayah semasa


simbol bagus

unifi



Banner 3



rawatan bekam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *