Apakah Internet 4G LTE?

By | Ogos 20, 2019

Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution) atau LTE adalah teknologi tanpa wayar yang membolehkan pengguna menikmati data jalur lebar berkelajuan tinggi. 4G adalah komunikasi berpiawai dalam Teknologi Rangkaian Mudah Alih dan merupakan “Generasi keempat” – yang terbaru selepas 2G dan 3G. Dengan kelajuan 4G LTE, pengguna dapat merasai perbezaan yang ketara semasa memuat turun fail, membuat panggilan video, bermain permainan secara berkumpulan atau semasa menonton video HD dalam talian.

Apakah perbezaan diantara GPRS, EDGE, 3G dan 4G?

GPRS: Merujuk kepada perkhidmatan rangkaian 2G yang menyediakan data asas sehingga 56 kbps (menyamai kelajuan “dial-up”)

EDGE: Merupakan teknologi 2.5G, suatu penambahbaikan daripada teknologi 2G serta menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi berbanding GPRS. Kelajuan EDGE boleh mencapai sehingga 144 Kbps3G: 

Teknologi 3G menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi dan lebih laju berbanding rangkaian 2G (EDGE & GPRS). Teknologi ini secara teorinya mampu mencapai kelajuan sehingga 10 Mbps4G: Teknologi ini berpandukan pada platform LTE dan merupakan teknologi terbaru dalam dunia pemindahan data mudah alih. 

4G merupakan generasi seterusnya dalam komunikasi mudah alih dan merupakan teknologi paling maju pada masa kini. Secara teorinya, kelajuan pautan muat turun data melalui 4G adalah antara 10 sehingga 50 Mbps

Apakah kelajuan biasa LTE? 

Secara teorinya, kelajuan 4G LTE adalah 10 kali lebih pantas daripada 3G. Muat turun data dalam persekitaran biasa boleh mencapai antara 10 Mbps sehingga 20 Mbps dan boleh mencapai 5 Mbps sehingga 10 Mbps untuk memuat naik data. Tahap kelajuan data mungkin berbeza-beza mengikut pengguna serta bergantung kepada peranti yang digunakan, batasan perkakasan dan perisian, lokasi, trafik, sumber laman web atau kandungan-kandungan lain.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *