Jika ada rakan2 diluar sana yang nak berniaga sambilan dengan modal yang kecil, atau nak belajar2 buat bisnes networking, untuk tambah2kan pendapatan bulanan, saya cadangkan belajarlah dengan menjadi pengedar simkad Tone Wow. Menjadi pengedar simkad Tone Wow ini, mengikut pengamatan saya, sebahagian besarnya gagal, hanya sebahagian kecilnya berjaya mendapat komisyen yang besar.
Sebab itu saya cadangkan kalau nak belajar meniaga, buatlah bisnes Tone Wow, kalau anda ditakdirkan termasuk dalam golongan yang gagal tadi tu, tak lah teruk sangat terjejas kerana modalnya kecil je. Tetapi kalau anda ditakdirkan termasuk dalam golongan yang kecil tu pulak, memang tak boleh berhentilah anda kena berterima kasih kepada Allah, kerana anda tidak akan sesekali berjaya menahan komisyen daripada masuk kedalam akaun bank anda.
Saya ditakdirkan termasuk ke dalam golongan yang kecil tu, dan apa yang saya dapat, masuk bulan ogos 2022 ini, genap-genap 12 tahun, setiap bulan saya menerima komisyen daripada ToneGroup setiap 21hb. Jadi anda boleh congak2 sendiri, satu bisnes, yang modalnya sangat kecil, RM50 pun dah boleh bergerak, kalau gagal, maka anda akan rugi RM50 tu tadi, kalau berjaya insyaAllah boleh dapat hasil selama 12 tahun. (Setakat yg saya dapat hingga ke hari ini).
Saya aktif menjaja simkad ini pada pelanggan sekitar 3-4 tahun pertama sahaja, lepas tu, tak menaja lagi, lebih kepada jadi penceramah Tonegroup sahaja. Bantu2 hq mana yang boleh. Sekarang ni, saya boleh dikatakan tak menaja langsung, jadi macam2 saya buat untuk memenuhi masa lapang. Dulu bela ikan laga, tak boleh pi, saya tukar pulak dengan menternak udang putih di Pengkalan Chepa.
Kesimpulannya, sekiranya ada rakan2 yang nak belajar2 buat bisnes Tone Wow ini, carilah dikalangan rakan2 atau kenalan anda yang aktif buat bisnes ini, syaratnya yang aktif buat bisnes ini, cari di fb, cari di wasap, bila dah jumpa, hubungi mereka dan daftar dibawah mereka, dan minta mereka bimbing anda ke jalan yang benar. (He he he)
Jangan hubungi saya, jangan daftar bawah saya, sebab saya dah tak aktif lagi buat promosi, tak aktif lagi buat penajaan, tentu saya tak dapat membimbing anda ke jalan yang benar lagi.
Cuma tujuan saya menceritakan semua ini, hanyalah ingin mengesahkan satu kenyataan yg wujud, bahawa saya Mazelan Abas, adalah bukti nyata yang masih lagi hidup di dunia ini, sebagai produk golongan kecil yang di hasilkan melalui program bisnes Tone wow (yg dikenali sbg Tone Excel dulu).
Dulu saya buat bersungguh2, dapat komisyen setiap bulan, sekarang, langsung tak buat apa2, pun masih dapat komisyen setiap bulan hingga ke hari ini. Apa lagi nak cakap pasal tonewow…Period.
Terima kasih tak terhingga saya kepada pengarah2 ToneGroup. Kerana menjadi penyebab saya menikmati nikmat yang sangat banyak ini. Sekiranya, pada bila2 masa sahaja tenaga saya diperlukan oleh Tonegroup, selagi saya mampu, mereka hanya perlu message sahaja kepada saya, esoknya InsyaAllah saya akan berada dalam perut kapal terbang terawal ke Airport Subang.
– Mazelan Abas