Hindari Pelaburan Scam

penipuan scam

1. Berikut sedikit pencerahan yg diharapkan memberi manfaat buat semua setelah menghadiri Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah institusi Kewangan Malaysia Kali ke 12 anjuran JAKIM dengan kerjasama BNM, SC, AIBIM, ISRA, dan ASAS beberapa tahun lepas. (Boleh google utk rujukan singkatan2 itu.)

2. Dibentangkan dan dibincangkan mengenai skim pelaburan tidak berdaftar bawah BNM dan SC. Apabila tidak berdaftar, maka skim ini tidak dikawal dan bebas melakukan apa sahaja.

3. Kebanyakan skim pelaburan tidak berdaftar di Malaysia dengan pelbagai nama secara asasnya boleh dinamakan sebagai SKIM PONZI

4. SKIM PONZI adalah skim yang distruktur bagi memastikan wang daripada orang bawah digunakan bagi memberi pulangan kepada orang atas. Ini asas secara teori. Yang pening adalah praktikal dan realitinya kerana ia berselirat dan pelbagai.

5. Contoh-contoh kaedah skim ponzi:

  • Skim pelaburan emas
  • Skim pelaburan berasaskan FOREX
  • Skim dana sedekah
  • Skim pelaburan projek
  • Skim belian semula produk
  • Skim MLM/binary/matriks yang biasanya dikenali dengan yuran keahlian yang tinggi dan harga produk yang tinggi.

6. Persamaan modus operandi ada beberapa:

  • Perlu mencari ahli baru. Jika tidak perlu, adanya insentif yang tinggi disediakan bagi ahli yang dapat mencari ahli baru.
  • Obligasi atau bayaran bulanan kepada ahli akan ditunaikan pada peringkat awal bagi membina keyakinan.
  • Kadar keuntungan yang tinggi.

ISU SHARIAH DALAM SKIM PELABURAN ‘SCAM’

1. Secara umum, apa2 aktiviti ekonomi seperti pelaburan dalam islam perlu bebas daripada RIBA, GHARAR dan MAYSIR.

2. Riba tidak hanya tertakluk pada hutang. Ini salah faham kebanyakan orang. Riba boleh dibahagikan kepada DUA jenis yang utama.

RIBA DUYUN /HUTANG

  • Hutang dengan lebihan bayaran balik.
  • Lebihan jika lambat membayar hutang.

RIBA BUYU’/JUALAN (hadis 6 barangan ribawi, emas, perak, kurma, beras, gandum, barli)

  • Lebihan dalam pertukaran barangan ribawi. Contoh 20kg emas ditukar dengan 10kg emas.

Dalam konteks hari ini ulama sepakat hukum duit kertas adalah sama dengan hukum emas. Maka pada wang kertas adanya hukum zakat dsb.

  • Penyerahan lambat salah satu barangan ribawi. Contohnya beli emas, harga 1 gram katakan RM 215. Bayar RM 215 hari ini tetapi 1 gram emas dapat sebulan kemudian.

3. Gharar pula adalah ketidakjelasan dalam sesebuah kontrak khususnya pada hasil dan implikasi. Ketidakjelasan ini haram kerana akan membawa kepada pertikaian dan pergaduhan.

4. Maisir atau perjudian membawa maksud seseorang yang memperoleh keuntungan hasil daripada kerugian orang lain.

5. Unsur keempat adalah AL-GHABN. Secara istilah ia bermaksud jualan produk yang melebihi daripada nilai kebiasaan yang biasa dijual oleh masyarakat. Diharamkan kerana terdapat unsur-unsur penipuan dan manipulasi dalam urus niaga.

Unsur Al-Ghabn biasanya wujud dalam skim pelaburan yang menggunakan produk sebagai TOPENG untuk skim ponzi mereka.

KESIMPULAN

Di atas adalah panduan umum agar kita lebih berhati-hati.

Kebanyakan skim pelaburan tidak berdaftar dengan BNM dan SC menurut kajian para pembentang adalah skim ponzi, ia bukanlah skim yang mempunyai aktiviti pelaburan yang menjana keuntungan. Ia hanyalah ‘money game’. Duit orang bawah untuk pulangan orang di atas. Bila mana sudah tidak wujud orang bawah baru, maka tersungkurlah mereka dan semua yang bersama mereka.

Isu Shariah paling jelas adalah RIBA. Jika skim tidak mempunyai aktiviti pelaburan yang menjana keuntungan, hakikatnya ia adalah PINJAMAN dan untung daripada PINJAMAN adalah RIBA.

Kadar untung berdasarkan modal yang telah ditetapkan dan diketahui jumlahnya di awal kontrak adalah ciri-ciri RIBA.

Pelaburan dalam islam sama ada atas prinsip Mudharabah atau Musyarakah, pulangan dibahagikan daripada untung, bukan daripada modal.

Bagaimana kita boleh tahu pulangan kita andai untung belum wujud?

Juga unsur seperti Gharar, Maysir dan Ghabn seperti yang dijelaskan di atas.

Statistik pada bulan Jun 2016, kerugian pelabur@ahli daripada skim seperti ini telah mencecah RM 500 juta. Ditambah lagi isu sosial dan keluarga yang timbul setelah terbukti skim2 seperti ini lari dan hilang setelah mendapat dana berjuta-juta daripada ahli mereka.

Semoga kita dijauhkan dan dipelihara sumber rezeki kita InsyaAllah.

5/5 - (1 vote)


simbol bagus

unifi

Banner 3



rawatan bekam

temu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *