Kelebihan Network Marketing

kelebihan rangkaian

Dengan modal yang rendah, kita berpeluang meraih pendapatan ratusan, ribuan, ratus ribuan malah ada yang berpendapatan jutaan ringgit sebulan andai rajin dan betul strateginya.

Bagaimana ini terjadi?

Ini kerana Network Marketing menepati 3 ciri pendapatan pintar seperti yang dirumuskan oleh Robert T Kiyosaki dalam bukunya bertajuk; Rich Dad, Poor Dad.

1. EXPONENTIAL

Boleh berkembang, contohnya seorang sertai anda. Kemudian, setelah dicurahkan ilmu, dia boleh berkembang kepada ratusan, ribuan mahupun jutaan orang.

2. LEVERAGE

Anda mungkin hanya mampu berusaha 8 jam sehari dan katakan ada 12 orang di bawah rangkaian anda. 2 orang daripadanya buat secara full time 8 jam sehari dan 10 orang lagi secara part time 2 jam sehari. Bermakna, output; TENAGA & IDEA di bawah rangkaian anda ialah 44 jam.. semakin ramai ahli, makin banyak usaha dicurahkan, semakin meningkat pendapatan anda.

Bayangkan, jika ahli anda sudah mencecah 1000 orang. Setiap seorang buat 1 jam setiap hari sahaja pun sudah ada 1000 jam sehari, output usaha yang boleh menyumbang kepada pendapatan anda dengan syarat setiap yang sertai anda, perlu pastikan mereka memperoleh ilmu & kefahaman.

3. PASSIVE INCOME

Impian kebanyakan orang adalah pencen awal. Jika rangkaian anda sudah berkembang, aktif dan stabil, ketika anda sudah boleh berehat, fokuslah kepada keluarga dan pelaburan akhirat pula. Dalam masa yang sama pendapatan semakin meningkat naik.

Dipetik dari Buku Tips Jutawan Telekomunikasi

5/5 - (2 votes)


simbol bagus









temu

klikjer

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *