Kenal Pasti Cara Macau Scam Beroperasi

scam macau

Kenal pasti empat cara beroperasi sindiket penipuan telekomunikasi atau ‘Macau Scam‘ yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Modus Operandi (Cara beroperasi)

i) Cabutan bertuah (Lucky Draw)

Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenangi pertandingan cabutan bertuah (lucky draw) bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau.

Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan. Setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. Setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

ii) ‘Spoofing’ pegawai polis / agensi kerajaan

Pengadu menerima pangilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah dan polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah) dan mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakkan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

iii) ‘Spoofing’ pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit)

Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. Pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. Mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).

(iv). Tipu culik dan minta wang tebusan

Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. Mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil (terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa, termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank / institusi kewangan).

Berikut adalah tips boleh anda amalkan daripada menjadi mangsa penipuan:

  1. Jangan memuat naik status yang mengatakan anda sedih kerana kesunyian, ataupun anda tengah atau terdesak untuk mencari pasangan hidup.
  2. Fikir dua tiga kali sebelum menerima “friend request” daripada sesiapa yang anda langsung tidak kenal ataupun tidak berapa kenal.
  3. Jangan terpedaya dengan sebarang pujuk rayu, pujian atau hadiah yang ditawarkan oleh rakan media sosial.
  4. Jika “rakan” anda ini berkata dia berpangkat atau berdarjat tinggi ataupun kaya-raya, jangan percaya serta-merta.
  5. Hentikan sebarang jenis komunikasi yang melibatkan wang, terutamanya jumlah yang banyak.
  6. Sebelum membuat pembelian secara online, periksa dulu testimoni terhadap si penjual. Periksa sama ada penjual itu bertauliah dan boleh dipercayai atau tidak.
  7. Lakukan transaksi wang tunai jika boleh. Simpan rekod komunikasi anda dengan penjual dan sebarang transaksi kewangan.
  8. Elak membeli barang yang memerlukan deposit.
  9. Pastikan perkhidmatan pembayaran menawarkan ciri-ciri keselamatan yang mengikut piawaian tempatan dan antarabangsa.

Langkah jika menjadi mangsa

Buat laporan kepada Pusat Bantuan Cyber999, sebuah perkhidmatan awam yang menawarkan respons terhadap kecemasan berkaitan dengan keselamatan komputer.

Semua insiden yang melibatkan jenayah siber boleh dilaporkan dengan cara berikut:

  • Borang
  • Telefon: 1-300-88-2999 atau 019-2665850 (talian bantuan kecemasan 24-jam)
  • Aplikasi mudah alih Cyber999
  • Faks: 03-80087000
  • SMS: CYBER999 REPORT (e-mel)(laporan) ke 15888
  • E-mel: cyber999@cybersecurity.my
  • Lawat MyCyberSecurity Clinic: www.cybersecurityclinic.my

Ayuh kongsikan tips #JomBeringat ini untuk kebaikan kita bersama.

5/5 - (1 vote)


simbol bagus

unifi

Banner 3



rawatan bekam

temu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *