Khairat Kematian Untuk Ahli Tone Wow

khairat kematian tone wow

Berkuatkuasa 1hb Julai 2021, Terma & Syarat Khairat Kematian adalah seperti berikut:-

1. Tempoh cooling off untuk ahli yang mendaftar pada atau selepas 1hb Julai 2021:

khairat 1

2. Berkuatkuasa  1hb Julai 2021,  semua permohonan untuk tuntutan Khairat Kematian, ahli TONE tersebut perlu mempunyai minima Tiga (3) ahli Tajaan Terus yang kekal aktif lebih dari 90 hari (dari tempoh tarikh kematian) untuk layak tuntutan Khairat Kematian.

3. Berkuatkuasa 1hb Julai 2021, pembayaran untuk tuntutan Khairat Kematian adalah berdasarkan seperti berikut:

khairat 2

4. Terma & Syarat di atas (No.1, 2 & 3) adalah hanya untuk Ahli yang mendaftar PADA dan SELEPAS 1hb Julai 2021. Ahli TONE yang didaftar SEBELUM 1hb Julai 2021 akan mengikut syarat yang terdahulu.

5. Ahli yang mempunyai beberapa akaun dalam TONE EXCEL, TONE PLUS atau TONE WOW perlu kekal Top Up RM30 atau RM50 setiap bulan dalam mana-mana satu (1) MSISDN (Nombor Telefon) untuk layak menerima faedah ini.

6. Kelayakan menerima faedah ini tertakluk kepada ketepatan maklumat peribadi ahli seperti di dalam Kad Pengenalan/Paspot/ID Polis/ID Tentera yang digunakan semasa pendaftaran ahli.

7. Faedah ini bermula dan berakhir berdasarkan setiap bulan mengikut kalendar. (contoh: 1hb April sehingga 30hb April).

8. Ahli baru yang mendaftar selepas 30hb Sept 2019 dan berumur 70 tahun dan ke atas tidak layak untuk menerima faedah ini.

9. Tuntutan ini perlu dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh kematian.

10. Sekiranya berlaku kematian, pewaris yang dinamakan oleh pemilik akaun didalam sistem ahli (MMS) di ruangan pewaris khairat sebelum meninggal dunia, pewaris itu berhak untuk menuntut faedah ini. Sekiranya tiada pewaris yang dinamakan oleh ahli dalam MMS, faedah ini berhak diberikan kepada pasangan, anak atau keluarga terdekat. Pewaris perlu mengemukakan dokumen sebagai bukti hubungan kepada yang meninggal dunia seperti yang dinamakan di ruangan pewaris khairat dalam MMS dan lain-lain dokumen dengan pengesahan seperti dinyatakan di ruangan Prosedur Tuntutan.

11. Semua ahli digalakkan untuk mengemaskini butiran pewaris didalam TGMMS (https://www.tonegroup.net/) atau TWMMS (https://www.tonewow.net)

12. Sekiranya berlaku tuntutan menggunakan sesuatu Member ID, akaun itu tidak akan layak untuk melakukan sebarang tuntutan Khairat Kematian lagi.

13. Setiap Ahli (mengikut NRIC) hanya layak untuk sekali tuntutan sahaja, tanpa mengira bilangan nombor keahlian (samada Ahli tersebut dalam program Tone Excel, Tone Plus atau Tone Wow).

14. Jika maklumat yang diberi adalah palsu, tuntutan tersebut batal dan tidak sah.

15. Tuntutan akan diproses dalam masa 30 hari dari tarikh dokumen diterima.

16. Tertakluk juga kepada Terma dan Syarat biasa yang lain dan Syarikat berhak untuk menukar Terma dan Syarat tanpa sebarang notis.

Proses Tuntutan

Untuk membuat tuntutan, dokumen- dokumen berikut perlu diserahkan. Maklumat lanjut sila rujuk di sini: Bantuan Khairat Kematian

5/5 - (1 vote)


simbol bagus









temu

klikjer

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *