Penambahbaikan Wowcher

Wowcher

KEPADA: AHLI TONE EXCEL DAN TONE PLUS

Kepada Para Ahli Yang Dihormati,

Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan kemaskini yang akan datang untuk Program WOWcher kami. Bermulai 26hb Februari 2024, pengguna setia TONE WOW kini boleh menggunakan mata ganjaran WOWcher mereka untuk menikmati kegunaan yang lebih banyak lagi.

Penebusan kredit Top-Up, pakej Data, dan lebih banyak barangan hebat yang akan datang. Nantikan laman web rasmi kami untuk barangan penebusan yang akan datang.

Rujuk kepada senarai penebusan yang berikut :

WOWCHER%20INFO%20TABLE06 BM

I. Permintaan penebusan hanya boleh dilakukan secara eksklusif melalui saluran WhatsApp di 0105129768.

II. Pengguna boleh dengan mudah rujuk barangan penebusan di laman web TONEWOW @ https://www.tonewow.net/bm/benefits/wow-cher dan memulakan perbualan WhatsApp dengan memilih “Tukar Sekarang.”

III. Kredit Top-Up dan pakej Data akan dikreditkan dalam tempoh 6 hingga 12 jam selepas penebusan yang berjaya.

IV. Penebusan melalui aplikasi myWOW kami akan tersedia tidak lama lagi menjelang Jun 2024.

Penambahbaikan WOWcher

Selain itu, kami juga memperkenalkan penambahbaik yang menarik untuk program kami. Topup nombor telefon mudah alih TONE WOW anda melalui aplikasi myWOW untuk menikmati mata ganjaran WOWcher yang berkali-ganda.

I. Pengguna yang topup nombor telefon mudah alih TONE WOW mereka melalui aplikasi myWOW kini akan menerima 10 kali ganda mata ganjaran WOWcher setara dengan jumlah topup. Sebagai contoh, topup RM100 akan mendapat 1000 mata ganjaran WOWcher.

II. Topup yang dilakukan ke nombor telefon lain selain TONE WOW akan mendapat 1 kali mata ganjaran WOWcher setara dengan jumlah topup. Sebagai contoh, topup RM10 ke nombor Maxis akan mendapat 10 mata ganjaran WOWche

Catatan:

Berdasarkan penambahbaik ini dan peningkatan nilai penebusan mata ganjaran WOWcher, ganjaran WOWcher akan dihentikan untuk perkara berikut:

I. Apabila topup dilakukan untuk pihak ketiga, mata ganjaran WOWcher untuk penerima topup akan dihentikan.

II. Pendaftaran SIM dan Naik Taraf Keahlian. Tempoh sah semua mata ganjaran WOWcher yang diperolehi dari 1hb Januari 2024 kini adalah 2 tahun.

Kami komited untuk menambahbaik program WOWcher TONE WOW supaya lebih mudah diakses dengan nilai pertukaran yang lebih baik dan faedah yang dipertingkatkan, memanfaat pengguna kami untuk kesetiaan mereka.

Terima Kasih pengguna setia TONE WOW.

Yang Benar,
Pihak Pengurusan
TONE WOW SDN BHD

5/5 - (1 vote)


simbol bagus

unifi



Banner 3



rawatan bekam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *