Penyeragaman Jadual Pembayaran Insentif

gaji tone wow

Berkuatkuasa 1hb Januari 2024, pihak syarikat akan menyeragamkan tarikh pembayaran untuk kedua-dua TONE WOW EXCEL dan TONE WOW PLUS. Sehubungan dengan itu, pembayaran akan diproses pada setiap 25hb.

Sekiranya 25hb tersebut jatuh pada hari minggu, pembayaran akan dibuat pada hari Isnin pertama minggu berikutnya cth Senario: Jika 25hb jatuh pada Hari Sabtu, pembayaran insentif akan dibuat pada hari Isnin, 27hb yang akan datang. Jika 25hb adalah Hari Cuti Umum, pembayaran insentif akan dibuat pada hari bekerja keesokannya.

Perubahan ini bertujuan untuk membawa kapada keseragaman dan menambahbaik kecekapan dalam proses pembayaran oleh Bahagian Kewangan. Ini untuk memastikan semua ahli dalam program ini akan mendapat kemudahan yang lebih lancar.

Kami meminta semua ahli untuk mengambil perhatian tentang pelarasan pada jadual pembayaran ini dan merancang dengan sewajarnya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan dengan perubahan ini, sila hubungi Ibu Pejabat kami dengan emel ke support@tonewow.net. Terima kasih diatas perhatian anda terhadap perkara ini.

Yang Benar,
PIHAK PENGURUSAN
TONE WOW SDN BHD

5/5 - (1 vote)


simbol bagus

unifi



Banner 3



rawatan bekam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *