Harap maklum, mulai 1 Julai 2024, butiran Perlindungan Takaful Hayat & PA (Kemalangan Diri) TONE WOW telah dikemaskini.
Kepada Ahli-Ahli yang dihormati,
Sila ambil perhatian bahawa polisi Kumpulan TAKAFUL HAYAT dan KEMALANGAN DIRI TONE WOW dengan Kumpulan Insurans Zurich telah tamat pada 30 Jun 2024.
Sejajar dengan itu, terdapat beberapa kemaskini berkenaan perlindungan dan faedah Kumpulan TAKAFUL HAYAT dan KEMALANGAN DIRI yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2024.
- Ahli-ahli yang kini menikmati perlindungan dan faedah Kumpulan TAKAFUL HAYAT dan KEMALANGAN DIRI tanpa kos selepas tempoh 12 bulan tidak lagi layak untuk mendapat
perlindungan dan faedah yang ditawarkan. - Bagi menangani kekurangan ini dan memastikan ahli-ahli kami terus dilindungi, Syarikat dengan sukacitanya mengumumkan bahawa perlindungan dan faedah yang tanpa kos kepada ahli-ahli seperti berikut: PERLINDUNGAN DAN FAEDAH TAKAFUL KEMALANGAN DIRI RM10,000
- Bagi menikmati TAKAFUL KEMALANGAN DIRI PERCUMA sebanyak RM10,000, ahli-ahli dikehendaki untuk kekal aktif sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dengan minima topup di mana-mana saluran sebanyak RM30 setiap bulan dalam denominasi tunggal. Tawaran ini tertakluk kepada perubahan polisi yang dilakukan oleh Syarikat Insurans.
- Namun demikian, ahli-ahli yang ingin terus menikmati faedah maksimum daripada Kumpulan TAKAFUL HAYAT DAN KEMALANGAN DIRI boleh melanggan atau menebus PELAN DATA LINDUNG yang menawarkan perlindungan dan faedah PERCUMA seperti
berikut:- a. RM50,000 TAKAFUL KEMALANGAN DIRI dan
- b. RM4,000 TAKAFUL HAYAT
Langganan atau Penebusan untuk PELAN DATA LINDUNG boleh dilakukan melalui aplikasi myWOW kami di sini @
https://play.google.com/store/apps/details?id=net.tonewow.mywow&hl=en
https://apps.apple.com/my/app/mywow-by-tonewow/id1438195181
- Perlindungan dan faedah TAKAFUL KEMALANGAN DIRI PERCUMA sebanyak RM10,000 hanya kepada pelanggan NON-LINDUNG 2.0 & LINDUNG 2.0 SIM’s (LITE, PRO dan BIZ) dan pelanggan PELAN DATA LINDUNG yang tempoh insurans 12 bulan telah tamat.
- Syarikat Insurans juga telah mengemaskini pengecualian perlindungan polisi disebabkan tuntutan yang tinggi daripada ahli-ahli. Oleh itu, kemalangan motosikal tidak akan lagi dilindungi di bawah TAKAFUL KEMALANGAN DIRI. Walau bagaimanapun, di mana berkenaan dan Ahli layak untuk TAKAFUL HAYAT, kematian yang berpunca daripada kemalangan motosikal masih dilindungi dan tuntutan masih boleh dibuat dengan syarat-syarat kelayakan dipenuhi.
Kami komited untuk terus meningkatkan faedah yang disediakan kepada ahli-ahli kami yang dihormati dan menggalakkan anda untuk memanfaatkan peluang ini untuk melindungi diri sendiri serta melanjutkan perlindungan yang berharga ini kepada orang yang tersayang.
Yang Benar,
Pihak Pengurusan
TONE WOW SDN BHD