Keuntungan Pengedar Simkad Tone Wow

By | Julai 8, 2019
simkad

Mazelan Abas

Penerangan asas mengenai Pengedar Simkad Tone wow

Kelayakkan menjadi pengedar simkad.

Apabila anda sudah pun menjadi pengguna simkad tonewow ini, anda sudah layak secara automatik untuk menjadi pengedar simkad tonewow ini pada bila-bila masa sekali pun. 

Cuma satu perkara yang perlu anda patuhi. Syarat untuk layak mendapat komisyen sekiranya anda sudah ada pelanggan yang didaftarkan dibawah anda, adalah anda sendiri kena topup minima RM30 setiap bulan. Samada anda nak topup sekali gus, atau sikit2, kedua2nya boleh. Tapi jumlah terkumpul dalam sebulan mestilah RM30.

Kerja sebagai pengedar simkad tonewow.

1. Anda perlu memahami cara penggunaan simkad tonewow ini. Untuk ulangkaji sila baca semula cara-cara menggunakan simkad ini di  telcotonewow.com

2. Anda HANYA PERLU suruh ahli keluarga anda, sahabat2 anda menggunakan simkad tonewow ini dan daftarkan mereka dibawah anda. Mereka ini semuanya kita panggil sebagai Pengguna Anda. 

Keuntungan pengedar yang diperolehi.

Setiap kali Pengguna Anda topup simkad tonewow mereka, anda akan mendapat komisyen sebanyak 6%.

Sekiranya Pengguna Anda juga menjadi pengedar simkad tonewow ini seperti anda, maka anda juga akan mendapat komisyen pada percen tertentu daripada jumlah topup group mereka.

Kesemua komisyen ini akan dikumpulkan setiap bulan, dan akan dimasukkan TERUS kedalam bank akaun anda pada bulan hadapannya. 

Anda bayangkan, jika pelanggan anda tadi guna simkad tersebut selama 10 tahun, maka selama itulah anda akan dapat komisyen topup daripadanya setiap bulan. 

Cuba lihat contoh dibawah ini: 

untung simkad

Katakanlah, sekiranya anda (U) mendaftarkan simkad tonewow ini kepada 3 orang ahli keluarga anda sahaja. Katalah kita berikan nama A,B dan C, ia dipanggil sebagai Pelanggan Anda atau Level-1. Anda sebenarnya boleh daftarkan seberapa ramai yang anda mahu, bukan 3 sahaja, ia tiada limit.

Setiap kali ABC topup, anda akan mendapat 6%. Contohnya, jika A topup di kedai sebanyak RM10, anda duduk dirumah dapat 60 sen. 

Jadi untuk tinggikan lagi komisyen anda, maka ramaikanlah pelanggan anda. Jika ramai pelanggan anda, maka tinggilah jumlah topup mereka. Kalau jumlah topup tu besar, maka tinggilah komisyen anda. 

Sekiranya salah seorang daripada pengguna anda, katalah A, juga berminat untuk buat bisnes tonewow ini, dan dia pun mendaftarkan 5 orang lah katakan, D,E,F,G dan H, ia dipangil Pelanggan si A atau pun Level ke-2 anda. Jika D topup sebanyak RM10 sahaja di kedai, A akan dapat 60 sen, anda tak pasal-pasal dapat 30 sen, sedangkan anda sendiri tak kenal siapa D. Siapa sahaja di Level-2 anda topup, anda akan dapat 3%. 

Sekiranya G juga berminat menjadi pengedar simkad tonewow ini dan dia daftarkan 3 orang sahaja, K,L dan M, ia dipanggil Pengguna si G atau Level ke-3 anda. Jika M topup RM10 di kedai, G akan dapat 60 sen, A akan dapat 30 sen, anda tak pasal-pasal dapat RM1.10. Sebab, sesiapa sahaja di Level-3 anda topup, anda akan dapat 11%. 

Jangan tanya saya kenapa Level-3 dapat lebih besar sehingga 11%. Itu strategi syarikat. Kita tak perlu ambil tahu. Tetapi yang lebih penting, tonewow tidak pernah menipu kita dari segi pembayaran komisyen selama hampir 10 tahun kewujudan mereka.

Anda akan dapat komisyen hingga ke Level-3 sahaja, tetapi setiap level adalah tiada limit. Maksudnya di Level-1, anda boleh menaja seberapa ramai yang anda mampu. Saya sendiri hanya ada 400 orang Pelanggan saya di Level-1, itu pun saya dapatkan mereka selama 2 tahun. Level-2 dan level-3 tak tahu berapa ramai. Itu pun dah boleh merasa total komisyen lebih RM14,000 tiap-tiap bulan. Siapa nak bagi tuan, 2 tahun kerja penat-penat menaja sehingga 400 orang, lepas tu, kita relaks sahaja menerima komisyen setiap bulan, kerana setiap bulan orang topup. Mana ada kerja, kalau kita berhenti majikan nak teruskan bayar gaji. Dan juga, jika kita meninggal dunia, komisyen ini juga akan tetap terus dibayar kepada waris kita, selagi masih ada orang topup handphone mereka. (Ada ke orang tak topup handphone mereka?) 

Syarat untuk mendapat komisyen topup sebanyak 6%, 3% dan 11% adalah, anda sendiri sebagai pengguna hendaklah top up sama atau lebih besar daripada RM30 setiap bulan. Jika anda top up kurang daripada RM30, anda tidak layak untuk mendapat komisyen topup pada bulan tersebut. Maksudnya di sini, sekiranya anda sudah ada pengguna di level 1,2 dan 3, apabila mereka topup, anda tidak akan dapat apa-apa komisyen pada bulan tersebut. Tapi jika bulan depannya ada topup sendiri topup lebih dari RM30 sebulan, maka komsiyen akan dimasukkan kedalam bank anda untuk bulan tersebut. Bulan yang ada miss topup, komisyennya tidak akan dikira lagi. 

Sekiranya anda sendiri topup lebih daripada RM60, peratusan komisyen top up anda juga akan berubah. Bukan lagi 6%, 3%, 11% tetapi ia menjadi 10%, 3%, 13%. Iaitu Level-1 menjadi 10%, Level-2 tetap 3% dan Level-3 menjadi 13%. Banyak tu…. 

Sekiranya komisyen bulanan anda mencecah RM150 sahaja, maka anda bukan hanya dapat komisyen hingga level ke-3 sahaja, tetapi hingga level ke-4, 5, 6, 7 , 8, 9 hingga tiada limit. 

Komisyen-komisyen ini akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda setiap 21hb bulan berikutnya. Asalkan komisyen tersebut melebihi RM30, Tonewow akan tranfer ke akaun anda, jika tak cukup, mereka akan simpan dan dibawa ke bulan hadapannya. 

Lihat satu contoh di sini:
Apa akan terjadi jika anda berjaya menaja 10 orang di Level-1, dan Level-1 anda juga berjaya menaja 10 orang setiap seorang di Level-2 dan Level-2 anda juga berjaya menaja 10 orang setiap seorang di Level-3. Anggapkan setiap seorang to up RM30 setiap bulan. 

Level-1 10 x RM30 x 6% = RM18 
Level-2 10 x 10 x RM30 x 3% = RM90 
Level-3 10 x 10 x 10 x RM30 x 11% = RM3300 
Total RM 3,408.00 

Komisyen anda pada bulan tersebut adalah RM3,408. Siapa nak bagi… tapi yang penting, agak-agaknya lah, bulan depan mereka akan topup lagi tak? Jawapannya pasti YA. Dan ini bermakna, bulan depannya anda akan dapat komisyen lagi, itulah yang akan terjadi kepada anda setiap bulan. Tiap-tiap bulan dapat komisyen. Kerja sekali, komisyen berkali-kali.

Kenaikkan pangkat berdasarkan komisyen bulanan anda.

Contoh sebelum ini saya berikan untuk komisyen yang berpangkat Normal Member. Didalam Tonewow, ada pangkat2 yang perlu anda naiki hingga ke puncak. Pangkat2 ini hanya boleh dinaiki berdasarkan komisyen topup bulanan anda.

Sebagai pengguna baru, anda diberi pangkat sebagai Lite Member.

  • Apabila komisyen topup anda mencecah RM100 automatik anda dinaikkan pangkat ke Normal Member.
  • Apabila komisyen topup anda mencecah RM150 automatik anda dinaikkan pangkat ke Junior Center.
  • Apabila komisyen topup anda mencecah RM400 automatik anda dinaikkan pangkat ke Service Member.
  • Apabila komisyen topup anda mencecah RM X,000 automatik anda dinaikkan pangkat ke Branch. 
  • Apabila komisyen topup anda mencecah RM XX,000 automatik anda dinaikkan pangkat ke Busines Partner dengan ditambah berbagai jenis bonus dan insentif lagi.

(Nilai X, belum diketahui lagi, kerana belum diputuskan oleh pengurusan ToneWoW). 
Ada kemungkinan pangkat Senior Branch juga akan diwujudkan sebelum BP. (Itu ramalan saya sahaja). 

Peratusan komisyen setiap pangkat adalah seperti yang ditunjukkan pada jadual dibawah ini.

(Semua ini adalah bergantung kepada keputusan dan ketetapan pihak pengurusan Tonewow dan ia boleh berubah pada bila-bila masa berdasarkan keperluan semasa).

untung simkad

bagus
daftar

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *