Network Marketing

By | Januari 18, 2020
network marketing

MLM (Multi Level Marketing) atau pada istilah lainnya ‘Network Marketing’ adalah satu lagi cabang perniagaan yang terunggul yang mana objektif utama MLM adalah memberi ruang kepada individu untuk memulakan 1 perniagaan yang hanya memerlukan modal yang termampu oleh sesiapa saja. Selain daripada itu, objektif MLM juga adalah untuk berusaha dan menjalankan aktiviti secara berterusan serta menyeluruh di dalam pembentukan individu untuk menjana ke arah kecemerlangan bagi melahirkan ‘modal insan’ serta masyarakat yang lebih berketerampilan, harmoni, dinamik, cergas, cerdas, budaya saing, bersatu padu, berakhlak mulia & memiliki jati diri unggul sebagai pemangkin kepada kesejahteraan sekaligus mencapai ke tahap kesempurnaan.

MLM juga menjadikan individu supaya menjadi lebih baik dan menaiktarafkan skil berkomunikasi & berinteraksi serta daya ketahanan mental individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Pokok pangkalnya terpulang kepada diri anda sendiri untuk menilai.

Kelebihan perniagaan MLM sebenarnya adalah bekerja sebagai 1 kumpulan agar dapat meringankan bebanan kerja dan menjimatkan masa. Dalam istilah MLM disebut ‘Leverage’. Selain dari itu MLM juga merupakan ‘The Teaching Business’ yang bermakna perniagaan untuk mengajar supaya menjadi pengajar untuk mengajar dan diajar. Secara keseluruhannya ‘ilmu’ yang diajar adalah ‘POSITIF’.

Jika diperhatikan dengan lebih mendalam, sebenarnya semua syarikat yang terlibat dengan perniagaan MLM ini mengajar ahli-ahlinya membina minda, semangat, pembentukan diri yang positif. Apa yang membezakan MLM adalah syarikat, produk dan sistem yang digunakan. Pokok pangkalnya terpulang kepada diri anda sendiri untuk menilai.

Kewujudan perniagaan MLM sememangnya telah menyinggung ramai pihak kerana mungkin ada sesetengah individu yang cuba mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan melalui perniagaan ini ataupun sememangnya anda sebenarnya memang tidak mengetahui apa itu MLM kerana mungkin anda termakan hasutan dan lebih mempercayai orang di sekeliling anda berbanding diri anda sendiri.

Tetapi pernahkah anda terfikir mengapa agaknya perniagaan MLM semakin berleluasa pada zaman ini? Ya, mungkin juga ada segelintir orang yang pernah teraniaya dengan tipu helah mereka kerana ramai agen-agen atau ahli-ahli MLM yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan diri sendiri ataupun hanya fokus lebih kepada ‘duit’. Jadi kepada mereka-mereka yang merasakan diri mereka telah tertipu, mereka mengambil keputusan untuk memboikot atau memulaukan industri ini. Pokok pangkalnya terpulang kepada diri anda sendiri untuk menilai.

Tetapi cuba kita renung pada sudut yang positif. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan MLM? Kita lupakan seketika tentang ganjaran, pangkat, duit. Mari kita sama-sama renung dan cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan MLM.

Pada dasarnya peranan utama MLM sebenarnya adalah untuk menyebarkan sesuatu produk dengan lebih meluas dan pantas. Itulah tujuan asal MLM ini diperkenalkan. Kita sebagai manusia sememangnya suka bercerita dan berkongsi tentang sesuatu tidak mengira kebaikan ataupun keburukan dengan orang lain. Lumrah kehidupan ini manusia memang suka bercakap dan memberi pendapat serta pandangan dari pelbagai sudut.

Ramai juga di antara kita yang lebih mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kesimpulannya, MLM bertujuan supaya pengguna dapat memahami dengan lebih terperinci tentang kelebihan dan kebaikan sesuatu produk. Itulah maksud sebenar MLM. Tetapi ramai MLMer yang tidak bertanggungjawab dan lebih mengutamakan keuntungan. Itu yang membuatkan industri MLM ini tercemar. Pokok pangkalnya terpulang kepada diri anda sendiri untuk menilai.

Mari kita lihat pada sudut yang lain pula. Kenapa ramai yang gagal di dalam perniagaan MLM? Kemungkinan besar yang berlaku adalah berpunca daripada diri kita sendiri. Tetapi ramai di kalangan orang-orang yang gagal dalam MLM menyalahkan syarikat, produk, sistem, leader dan sebagainya. Mari kita sama-sama renung dalam-dalam, lihat orang-orang lain yang berjaya dalam MLM. Kenapa mereka boleh berjaya? Apa perbezaan mereka dengan kita? Dia manusia.

Kita pun manusia. Tapi apa yang membuatkan mereka sudah berada di tahap yang lebih tinggi daripada kita? Apakah sudah cukup ‘komitmen’ yang kita bagi? Adakah kita benar-benar ‘ikhlas’ untuk menceritakan kelebihan produk kita atau perniagaan kita? Macamana pula dengan ‘semangat’ kita? Siapa pulak ‘mentor’ kita? Apakah ‘ilmu’ kita semakin meningkat ataupun sama saja? Adakah kita mengikut ‘sistem’ yang diajar atau sebaliknya? Asas kejayaan adalah KEYAKINAN. Pokok pangkalnya terpulang kepada diri anda sendiri untuk menilai.

Pada pemahaman saya senang saja. Saya bagi contoh 1 saja. Zaman kita sekolah. Darjah 1 – Darjah 6 (UPSR) – 6 tahun. Ting 1 – Ting 3 (PMR) – 3 tahun. Ting 4 – Ting 5 (SPM) – 2 tahun. Kita mengambil masa 11 tahun pergi ke sekolah setiap hari kecuali hari cuti semata-mata untuk kecemerlangan kita di dalam akedemik. Dalam masa 11 tahun ini pun masih ada yang gagal untuk mendapat kecemerlangan. Ini tidak termasuk Diploma, Ijazah dan ke tahap yang lebih tinggi lagi. Kebarangkalian yang dianggarkan ialah setiap manusia mengambil masa hampir 20 tahun untuk belajar. Dan sebenarnya kehidupan manusia ini tidak pernah terkecuali daripada belajar.

Sama seperti MLM. Seberapa kerapkah anda telah belajar mengenai MLM? Seberapa dalamkah pengetahuan anda tentang produk yang menjadi tunggak utama di dalam kejayaan perniagaan anda? Seberapa kerapkah anda bersama ahli-ahli kumpulan anda berbincang bagi mewujudkan suasana kerjasama? Seberapa kerapkah anda menghadiri kelas-kelas, seminar-seminar, majlis-majlis yang dianjurkan oleh syarikat? Banyak lagi soalan-soalan yang anda boleh ajukan pada diri anda sendiri. Pokok pangkalnya terpulang kepada diri anda sendiri untuk menilainya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *