Tentang Tone Group

tone group

Tone Group ditubuhkan pada tahun 2010 April 1st. untuk memasarkan produk telekomunikasi iaitu simkad telefon. Ketika ini Tone Group memasarkan simkad yang bernama simkad Tone Wow.

Konsep pemasaran yang mereka jalankan adalah dengan menggunakan pengguna mereka sendiri untuk menjalankan pemasaran dan menambahkan pengguna baru, sambil berkongsi keuntungan kepada mereka. Konsep ini dipanggil Program Affiliate.

Konsep Tone Group ini terbukti berhasil kerana selama 14 tahun ini kedudukan mereka bertambah kukuh kerana penerimaan yang sangat menggalakkan oleh masyarakat di Malaysia ini.

Berpusatkan pentadbiran di Sri Petaling Kuala Lumpur, Tone Group memiliki pengguna simkad Tone Wow berdaftar hampir 3 juta orang di seluruh negara ketika ini.

Di bawah ini adalah barisan pengurusan ketika ini yang berusaha keras untuk memastikan kelangsungan dan perkembangan Tone Group untuk pergi lebih jauh lagi dibidang telekominukasi ini.

FotoNamaJawatan
Dato Syed KamaruzamanDato Syed KamaruzamanPengerusi Tone Group
Mr. Vincent OhMr. Vincent OhChief Finance Officer
Mr. UmapathiMr. UmapathiCOO – Chief Operating Officer
Mr. Nicholas TongMr. Nicholas TongHead of Finance
Pn. ShazaPn. ShazaHead of Marketing and Regulatory
Mr. IvanMr. IvanHead of Customer Support and Contact Center

Produk dan Kelebihan

produk tone group

Produk yang dipasarkankan oleh Tone Group adalah simkad prepaid untuk kegunaan di telefon bimbit atau router wifi. Simkad ini dipanggil simkad Tone Wow. Ia sejenis prepaid, dan tidak menggunakan line (jenis bayaran bil).

Simkad Tone Wow menggunakan line daripada Digi. Jadi dimana ada line Digi disitu ada line Tone Wow. Jika tiada line Digi, maka tiadalah line Tone Wow.

Topup (tambah nilai) untuk simkad Tone Wow ini menggunakan topup Digi. Maka anda boleh dapatkan topup Digi dimana2 jua kedai yg menjual topup, termasuk melalui online banking.

Untuk kemudahan pengguna, Tone Wow menyediakan berbagai jenis langganan pakej internet untuk disesuaikan dengan penggunaan pengguna.

Satu kelebihan yang terdapat sebagai pengguna simkad Tone Wow ini, data internet high speed yang anda langgan melalui pakej2 yang diberikan, sekiranya data tersebut tidak habis, maka ia akan di carry-forward ke bulan hadapannya.

Tone Wow juga ada menyediakan pakej yang amat menjimatkan dipanggil Pakej Roaming Antarabangsa. Hanya dengan RM128 sahaja, pengguna dapat menggunakan pakej ini selama sebulan semasa diluar negara.

Negara yang diliputi adalah Albania, Argentina, Australia, Austria, Bangladesh, Belarus, Belgium, Brunei, Bulgaria, Cambodia, Canada, China, Croatia, Czech Republic, Denmark, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Ireland, Italy, Japan, Jersey, Kazakhstan, Kuwait, Laos, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Macao, Macedonia, Moldova, Montenegro, Myanmar, Netherlands, New Zealand, Norway, Oman, Pakistan, Philippines, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Russia, Saudi Arabia, Serbia, Singapore, Slovak Republic, Slovenia, South Korea, Spain, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turkey, Ukraine, United Arab Emirates, United Kingdom, Uruguay, USA & Vietnam.

Dengan simkad Tone Wow ini anda boleh mendaftar dengan menggunakan nombor baru atau anda juga boleh mengekalkan nombor yang anda gunakan sekarang.

Ini bermakna nombor lama anda kekal, tetapi yang berubah hanyalah talian telko sahaja. Kalau dahulu anda topup menggunakan Maxis contohnya, sekarang anda perlu topup menggunakan topup Digi pula. Dengan ini ia tidak mengganggu penggunaan wasap, facebook dan lain2 social media.

Tone Group juga memberikan berbagai jenis benefit kepada pengguna simkad Tone Wow ini, di antaranya bantuan khairat kematian sehingga RM500 dan juga insuran kemalangan sehingga RM50,000.

Affiliate Program Tone Group

affiliate tone wow

Konsep Affiliate:

Tone Group bekerjasama dengan pengguna mereka sendiri untuk memasarkan simkad Tone Wow ini. Mereka akan memberikan ganjaran kepada mana-mana pengguna (yang dipanggil sebagai Introducer) sekiranya mereka mendaftarkan pengguna baru untuk menggunakan simkad Tone Wow ini.

Komisyen-komisyen ini akan dikumpulkan selama sebulan, dan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka pada bulan hadapannya.

Beberapa Kebaikan Menjalankan Program Affiliate Tone Group ini.

1. Anda dibayar secara berterusan.

Sekiranya anda mendaftarkan seorang pengguna baru untuk menggunakan simkad Tone Wow ini, setiap kali mereka topup, anda akan dibayar 5%-15% daripada jumlah topup mereka. Contohnya jika pengguna tersebut menggunakan simkad selama 10 tahun, maka setiap bulan pelanggan tersebut topup simkad mereka, maka selama 10 tahun jugalah anda akan dibayar setiap bulan.

Konsep ini dipanggil jual sekali, untung berkali-kali. Sama seperti anda Melabur untuk membeli sebuah rumah sewa. Bila rumah sewa tersebut beroperasi, selagi ada penyewa, selagi itulah anda dibayar setiap bulan oleh penyewa.

2. Pengguna bertambah dan terkumpul setiap bulan.

Katalah bulan ini anda berjaya mendaftarkan (menjual simkad) kepada 5 orang, anda akan menerima komisyen atas topup 5 orang tersebut pada bulan itu. Bulan hadapannya, katalah anda mendaftarkan 10 orang. Maka anda akan menerima komisyen atas topup 10 orang tersebut, dan juga komisyen atas topup 5 orang yang anda daftarkan bulan sebelumnya. Maka total komisyen yang dibayar kepada anda adalah hasil topup 15 orang.

Bulan seterusnya anda hanya mendaftarkan 1 orang sahaja, maka total komisyen yang dibayar kepada anda adalah hasil topup 16 orang. Bulan seterusnya anda langsung tidak membuat apa2 pendaftaran, anda tetap akan dibayar atas hasil topup 16 orang pengguna anda sebelum ini pada bulan tersebut.

3. Bantuan kewangan sewaktu tidak bekerja.

Sekiranya apa2 berlaku kepada anda yang menyebabkan anda tidak boleh bekerja, atau tidak boleh mendaftarkan pengguna baru lagi, selagi pengguna anda yang 16 orang ini topup simkad mereka, selagi itulah anda akan dibayar.

4. Komisyen boleh diwariskan.

Sekiranya anda meninggal dunia, isteri/suami/ibubapa/anak2 akan terus dibayar ke dalam akaun bank mereka pula atas hasil topup 16 orang pengguna anda sebelum ini. Ia seolah-olah menjadi seperti pencen untuk keluarga.

5. Mudah mendaftarkan pengguna baru.

Di sekeliling anda ada ramai yang boleh didaftarkan sebagai pengguna baru. Ahli keluarga sahaja sudah ada berapa orang. Saudara mara ada berapa orang. Rakan2 karib sahaja ada berapa orang. Anda boleh mendaftarkan mereka mengguna simkad Tone Wow tanpa mereka perlu menukar nombor. Mereka boleh kekalkan nombor yang mereka gunakan sekarang.

6. Program Affiliate yg boleh dijalankan secara sambilan.

Ia sesuai untuk dijalankan secara sambilan walau pun apa pekerjaan utama anda sekarang ini.

7. Tiada had limit untuk pendaftaran.

Anda boleh mendaftarkan bukan hanya seramai 16 orang sahaja, tetapi 100 orang, 1000 orang, tiada limit untuk pendaftaran pengguna di bawah rangkaian anda. Ini bermakna anda juga berpotensi untuk mendaftarkan seramai yang anda mampu, maka jumlah komisyen yang anda terima setiap bulan juga bergantung berapa banyak dan berapa mampu anda mengusahakannya.

Testimoni Pengusaha Tone Wow

Menyertai Program Affiliate:

Untuk menyertai program affiliate Tone Group ini anda perlu membeli simkad Tone Wow ini terlebih dahulu.

5/5 - (1 vote)


simbol bagus

unifi



Banner 3



rawatan bekam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *