Macam mana nak kenal aset dan macam mana nak kenal liabiliti. Tahukah anda apabila kita dapat mengenal pasti dan memahami apa itu aset dan apa itu liabiliti, maka kita berpeluang mencapai tahap menghampiri jutawan.
Ini kerana 99% manusia di dunia ini telah membazirkan usia mereka dengan membeli liabiliti. Hanya 1% manusia sahaja yang betul-betul membeli aset dalam hidup mereka. Dan golongan 1% ni benar-benar memahami apa yang dikatakan aset dan apa yang dikatakan liabiliti.
ASET
Apa yang dikatakan aset adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :
1) Wang tunai anda bertambah dengan menyimpan wang tunai anda dibank/koperasi yang dapat memberi pulangan faedah melebihi kadar inflasi semasa.
2) Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu dengan membeli dan menyimpan emas.
3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif dengan mengenali dan memahami apa yang dimaksudkan untung, rugi dan tidak berubah.
4) Pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan yang positif dengan membeli hartanah yang memberikan anda pulangan sewa yang positif.
5) Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan wang tunai dengan menggunakan teknik pengumpilan (leverage).
LIABILITI
Apa yang dikatakan liabiliti pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :
1) Wang tunai anda berkurangan dengan berbelanja boros @ berbelanja tanpa beringat.
2) Harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh tertentu dengan membeli rumah atau kereta yang tidak sesuai dengan perolehan pendapatan anda.
3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif dengan tidak mengenali dan memahami apa yang dimaksudkan untung, rugi dan tidak berubah.
4) Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif dengan memberli hartanah yang memberikan anda pulangan sewa yang negatif.
5) Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai dengan ‘mengikat diri’ pada skim bayaran mudah, kad kredit dan pinjaman peribadi.
Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai tahap menghampiri jutawan, anda mesti membeli aset yang betul dan mengelakkan diri daripada terperangkap dengan membeli liabiliti.
Ingat !!! Ini adalah syarat utama jika anda serius nak mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.
Orang miskin 99% membazirkan umur dengan membeli liabiliti. Manakala orang kaya 1% pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk membeli aset yang betul. Inilah sebab utama yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin.