Cara Semak Signal Telco Terbaik

Rangkaian telco yang meluas dan pantas amatlah penting di zaman telefon pindar kini. Telco dominan di Malaysia seperti Maxis, Celcom, dan Digi telah lama mengembangkan empayar mereka, lengkap dengan pelan prabayar dan pascabayar yang beraneka harga dan pakejnya. Tetapi, itu semua tidak lagi relevan apabila signal telco pilihan di kawasan anda adalah sangat lemah.

Public WiFi Hotspot Kan Ada?

Betul. Tetapi bukan semua tempat menyediakan khidmat WiFi, apatah lagi yang percuma. Tambahan lagi, tak bermakna anda dapat manfaatkan internet sepenuhnya kerana sudah tentu ada pengguna lain seperti anda yang menggunakan hotspot yang sama. Belum sebut lagi pasal isu privasi dan sekuriti; bahaya untuk membuat transaksi perbankan menggunakan public WiFi.

Jadi Bagaimana Cara Untuk Mengetahui Signal Yang Baik ?

Pengguna peranti Android dan iOS boleh memuat-turun aplikasi OpenSignal. App ini pada asalnya hanyalah untuk menguji kelajuan internet anda (ala Speedtest.net app) tetapi kemaskini yang terbaru membolehkan app ini untuk mencari hotspot berdekatan, menguji, merekod, dan membandingkan kelajuan internet sama ada WiFi atau selular, dan yang paling menarik; mencari signal telco terbaik di kawasan anda, lengkap dengan statistik Download & Upload speed, latency.

Cara Guna Open Signal

Pastikan cellular data, GPS, dan location services diaktifkan. Muat-turun app OpenSignal dan buka app.

Pada navigation bar yang terpapar, pilih Icon Anak Panah. Tekan pada tab tulisan Menera Sel untuk melihat lokasi anda sekarang. Contoh: Taman Temara, Pasir Puteh.

Di sini anda boleh melihat kekuatan isyarat di kawasan tersebut, dan di mana terletaknya menara pemancar. Bergantung kepada line telco yang anda guna, berapa banyak menara yang ada sekitar itu. Jika rumah anda betul-betul dekat dengan menara maka isyaratnya makin kuat, kelajuan internet pun langsung laju.

Pada navigation bar terdapat juga icon Map. Disini anda boleh lihat Operator yang tersedia dan kekuatan signal di satu-satu tempat. Lihat Statistik Rangkaian pula akan terpapar semua jenis telco mengikut susunan. Tekan pada statistik rangkaian untuk melihat.

Klik tab Lihat Statistik Rangkaian untuk melihat telco apakah yang terbaik dari segi Download, Upload, Latency. Contoh: Yes merupakan telco yang terbaik di kawasan persekitaran Pasir Puteh, Ipoh.

Bagaimana Untuk Kenalpasti Telco Terbaik?

Jika anda perhatikan screenshot di atas, setiap telco berbeza dari sudut Muat Turun, Muat Naik dan Latensi. Jika dilihat telco Yes mendapat Muat Turun tertinggi iaitu 13.64 Mbps, dan telco Digi mendapat Muat Naik tertinggi 5.40 Mbps, dari sudut Latensi pula Yes mendapat markah terendah 64 Ms.

Penerangan lebih lanjut adalah seperti di bawah.

Download speed: Kelajuan maksimum muat-turun di kawasan itu (lagi tinggi lagi bagus)

Upload speed: Kelajuan maksimum muat-naik di kawasan itu (lagi tinggi lagi bagus)

Latency: Atau dengan nama lain, Ping, bermakna berapa lama masa yang diambil untuk peranti anda berhubung dengan cell tower terdekat (lagi sedikit lagi bagus)

Situasi 1: Jika anda seorang yang gemar memuat-turun lagu, mengakses Facebook, Blog dan YouTube, pilihlah telco dengan ranking Download tertinggi.

Situasi 2: Jika anda seorang yang gemar memuat-naik gambar dan video di Facebook, Instagram, dan YouTube, pilihlah telco dengan ranking Upload tertinggi.

Situasi 3: Jika anda jarang online tetapi anda mahu menggunakannya dengan segera apabila memerlukan atau bermain game, pilihlah telco dengan Latency (atau kadar Ping) yang rendah.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan?

Jika anda menetap di kawasan itu buat beberapa hari (misalnya bercuti), anda hanya perlukan dapatkan kad SIM pilihan anda yang terbaik di kawasan itu. Ianya murah dan sangat berbaloi. Tetapi jika anda kerap berpindah dan menetap di kawasan itu untuk seketika, bertukarlah rangkaian anda sekarang ke telco pilihan anda dengan percuma. Bukan sahaja anda dapat mengekalkan nombor yang asal, anda juga dapat menggunakan servis dan perkhidmatan yang terbaik dari telco baru anda.

Anda hanya perlu akses laman web telco tersebut. Isikan borang dan pihak Telco akan menghantar kad SIM yang baru ke lokasi yang anda mahu tanpa sebarang caj. Dan tanpa perlu bertukar nombor. Sangatlah mudah.

Senarai Telco Pilihan

Celcom:
https://www.celcom.com.my/personal/switch-to-celcom

Maxis:
https://www.maxis.com.my/mobile-plans/switch-to-maxis

Umobile: 
https://www.u.com.my/support/switch-to-u/prepaid

Digi: 
https://www.digi.com.my/shop/prepaid-plans/prepaid-next

Halo Telco: 
https://tunetalkhalotelco.com/product/simkad

Unifi Mobile: 
https://unifi.com.my/switch-to-unifi

Tone Wow:
https://telcotonewow.com/product/simkad

unifi



Banner 3



rawatan bekam

One thought on “Cara Semak Signal Telco Terbaik

  1. Abm80 says:

    tq..maklumat yang bermanfaat. line tidak semua sama di kebanyakan tempat. amat penting periksa dahulu line telco mana yang lebih kuat sebelum melanggan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *