MNO – Mobile Network Operator.
MVNE – Mobile Virtual Network Enabler.
MVNA – Mobile Virtual Network Aggregator.
MVNO – Mobile Virtual Network Operator.
MNO:
adalah syarikat telekomunikasi gergasi yang mempunyai pencawangnya sendiri. Ia merupakan operator rangkaian telefon mudah alih dan pemilik pencawang telco. Ia terhad kepada empat syarikat ini sahaja di Malaysia; Digi, Maxis, Celcom dan Umobile.
MVNE:
adalah syarikat telekomunikasi yang menyediakan keseluruhan sistem untuk menguruskan rangkaian, perkhidmatan, pentadbiran dan sokongan operasi bagi pihak MVNO. Mereka boleh melantik MVNO di bawahnya.
Satu-satunya MVNE di Malaysia adalah Tone Wow. Mereka menyediakan peluang perniagaan kepada seluruh pengguna handphone di Malaysia dengan modal serendah RM30.
MVNA:
adalah syarikat telekomunikasi yang menyediakan pembelian secara pukal kepada MVNO. Ia hampir sama dengan MVNE. Cuma MVNA perlu / boleh memilih untuk routing trafic melalui switches syarikat MVNE.
Satu-satunya MVNA di Malaysia adalah Enabling Asia. Syarikat ini tidak menyediakan peluang perniagaan kepada individu-individu yang bermodal kecil.
MVNO:
adalah syarikat telekomunikasi yang membuat perjanjian dengan MNO / MVNE / MVNA untuk membeli secara pukal akses kepada perkhidmatan telekomunikasi mudah alih seperti panggilan suara, SMS dan data.
MVNO hanya membuat penjenamaan sendiri dan menggunakan atau menumpang rangkaian MNO / MVNE / MVNA. Antara MVNO di Malaysia adalah Tune Talk, RedOne, Altel, Tronexus, Yoodo, Buzzme, XoX, Friendi dll.
Syarikat Tone Wow sebagai MVNE
Tone Wow menggunakan liputan (coverage) Digi dan simkad yang digunakan adalah simkad 4G+ sahaja. Tiada lagi penggunaan simkad 3G dalam Tone Wow. Sebagai operator telekomunikasi, Tone Wow juga melantik pengedar / dealer / agen untuk memasarkan produk mereka.
Selepas baru saja dilancarkan, Tone Wow (TW) kini berada pada tahap 0.5. Ini kerana topup yang digunakan masih menggunakan topup DIGI. (menumpang topup DIGI). Selepas satu jangka masa, Tone Wow akan ke tahap 1.0 dimana selepas itu Tone Wow akan memiliki topupnya sendiri.
Proses ini dianggarkan mengambil masa 18 bulan dari tempoh pelancarannya. Ini kerana pihak syarikat perlukan masa berurusan dengan pihak bank (online banking topup), sistem epay, 7 Eleven dan lain lagi medium pembayaran topup seperti telco-telco yang lain. Ini adalah berita yang amat mengembirakan bagi pengedar simkad syarikat ini yang telah lama bertungkus lumus dalam menjalankan pegedaran simkad sebelum ini.
Hanya 6 rangkaian di Malaysia yang mempunyai infrastruktur rangkaian tanpa wayar sendiri iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile & Yes 4G
Celcom
- ALTEL
- Merchantrade (as Hello SIM)
- redONE (includes BeONE)
- Tune Talk (includes Halo Telco, SMART-i & Tone Excel)
- XOX Mobile (includes ONEXOX)
- yoodo (digital sub-brand of Celcom)
*ALTEL has its own 2x20MHz of 2600MHz spectrum but they chose to lease it to Celcom & Digi afaik.
Digi:
- Mcalls
- MY Evolution (M2M only)
- speakOUT
- tapp (digital sub-brand of Digi)
- TONE WOW
Maxis:
- Ansar Mobile (prepaid arm of REDtone)
U Mobile
None.
Unifi Mobile
None.
Yes 4G
None.